fbpx

Dewan Rakyat: Ramai jururawat letak jawatan beri alasan masalah peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 1,754 jururawat Kementerian Kesihatan (KKM) meletak jawatan dalam tempoh lima tahun termasuk 582 daripada mereka meletak jawatan tahun lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, antara alasan perletakan jawatan adalah bekerja di sektor swasta, isu penempatan, mengikut pasangan, waktu bekerja syif, masalah kesihatan pegawai, keluarga dan peribadi.

“Berdasarkan rekod, sebanyak 27.98 peratus merupakan alasan peribadi dan ini adalah peratusan tertinggi. Terdapat juga isu besar iaitu penempatan apabila tawaran diberikan tidak menepati cita rasa.

“Kebanyakan beranggapan apabila dapat tawaran jururawat ingin ditempatkan di kampung sendiri. Contoh negeri sangat popular Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

“Kita berdepan kekurangan jururawat seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor dan Selangor. Ini memberi satu cabaran kerana penempatan itu khusus bagi menampung keperluan di negeri-negeri tersebut,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) berhubung jumlah jururawat yang diperlukan di semua fasiliti kesihatan lama dan baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI