fbpx
Status atau pemegang kad OKU tidak menjamin seseorang terlepas undang-undang.

OKU tidak terlepas undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Status orang kurang upaya (OKU) bukan alasan untuk terlepas daripada hukuman kerana jenayah merupakan perkara subjektif yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tidak kira status individu tersebut.

Penganalisis jenayah dan pakar kriminologi bebas, Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, ini kerana individu yang melakukan jenayah hatta golongan OKU juga mempunyai perasaan dan keinginan tersendiri.

Bagaimanapun, beliau berkata, status OKU tidak boleh dijadikan alasan untuk terlepas daripada hukuman undang-undang lebih-lebih lagi jenayah yang me­libatkan seksual.

“Manusia ni buat jenayah tidak kira siapa. Jangan anggap golo­ngan OKU juga terlepas. Harus kita tahu pemegang kad OKU ini ada pelbagai jenis.

“Dulu jarang kita dengar jenayah melibatkan golongan ini. Tetapi saban tahun semakin meningkat.

“OKU ini ada yang terencat akal, kecacatan fizikal atau mental. Namun kesalahan tetap kesalahan. Ada peraturan atau undang-undang perlu dipatuhi termasuk OKU. Kad OKU pula bukan lesen untuk me­lakukan apa sahaja kesalahan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad.

Terdahulu, seorang remaja lelaki OKU yang tular melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan ketika solat subuh di sebuah masjid di Hulu Selangor, me­ngaku salah atas pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen tersebut.

Tertuduh berusia 19 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norshila Kamarudin.

Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, tertuduh berkopiah putih menyelinap masuk ke bahagian ruangan solat wanita sebelum memeluk mang­sa dan membawanya keluar dari ruangan berkenaan.

Ketika itu, murid berkenaan sedang solat di saf belakang seorang diri dan ia tidak disedari jemaah wanita lain ketika sujud.

Dalam pada itu, Shahul Hamid berkata, keluarga memainkan peranan sangat penting supaya golongan OKU ini tidak terjebak melakukan perkara yang salah di sisi undang-undang.

Selain itu, masyarakat turut digesa supaya menjadi mata dan telinga kepada keluarga golongan OKU untuk mencegah daripada jenayah terjadi dalam mana-mana komuniti.

“Paling dekat adalah keluarga. Jadi keluarga perlu beri perhatian lebih. Ada ahli keluarga yang cuai, itu saya rasa tindakan boleh diambil kepada keluarga. Kalau tak mampu jaga, serahkan kepada pihak lain,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN