fbpx
Suami Norshamira tidak dapat membayangkan perbuatan kejam suspek ke atas isterinya yang dibunuh sebelum mayatnya ditinggalkan di tepi Sungai Kuantan minggu lalu.

‘Isteri kecil, suspek berbadan besar saya tak dapat bayangkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – “Isteri saya bertubuh kecil, manakala dia (suspek) berbadan besar. Saya tidak dapat membayangkan kejadian itu (pembunuhan).”

Demikian kata Muhammad Afiq Akmal Nudin, 31, suami peniaga wanita yang dibunuh kejam sebelum mayatnya dijumpai di tepi Sungai Kuantan di sini minggu lalu.

“Kejadian bukan (me­libatkan) lelaki dan lelaki, tetapi lelaki dan wanita,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Mangsa, Norshamira Zainal, 37, dibunuh selepas menghantar sambil ikan bilis garing kepada pelanggan lelaki yang juga suspek kejadian tersebut pada petang Rabu lalu.

Mayat wanita itu bagaimanapun ditemukan pada pukul 12.45 tengah hari keesokan harinya.

Kejadian itu menyebabkan anak tunggal pasangan tersebut berusia lima tahun kehilangan ibu tersa­yang.

Bercerita lanjut, Muhammad Afiq Akmal berkata, anaknya berada dalam keadaan baik ketika ini seolah-olah tidak mengetahui ibunya telah pergi buat selama-lamanya.

Tambahnya, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat turut menziarahinya dan keluarga untuk memberikan khidmat kaunseling dan membantu mereka dalam situasi sukar ketika ini.

Minggu lalu Kosmo! melaporkan peniaga wanita, Norshamira Zainal, 37, dibunuh selepas keluar menghantar sambal ikan bilis garing yang dipesan seorang pelanggan lelaki. Susulan kejadian itu, polis memberkas seorang lelaki berusia 53 tahun.

Penganggur dari Terengganu itu ditangkap ketika bersembunyi di rumah anak saudaranya di Wakaf Tembesu, Gong Badak, Kuala Terengganu pada 15 Februari lalu.

Polis mendedahkan motif pembunuhan mangsa adalah kerana suspek mahu menyamun barang kemas termasuk gelang emas bernilai RM30,000 yang dipakai wanita itu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN