fbpx
Nurfaza melihat kecantikan itu sebagai suatu yang subjektif.

‘Jangan jadi influencer tanpa hala tuju’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEMILIH haluan kerjaya ber­gelar key opinion leader (KOL) atau lebih dikenali sebagai pempengaruh bukanlah tiket mudah buat pemilik nama Nurfaza Ashiqin Zainuri menikmati usia muda dengan penuh kemasyuran dan diapit populariti.

Sebaliknya, kerjaya sebagai KOL turut menuntut gadis kelahiran Kuala Lumpur itu untuk terus menjaga percakapan dan penampillan memandangkan se­ring dijadikan role model oleh pengikutnya.

Justeru, gadis berusia 28 tahun itu menyifatkan seorang pempengaruh media sosial bukan sahaja perlu dilengkapi de­ngan ilmu pengetahuan, malah perlu bijak membawa diri agar terus relevan dalam industri diceburi.

Kepada Kosmo! Ahad, beliau berkongsi mengenai perjalanan kerjaya sebagai seorang pencipta kandungan digital selain minat mendalamnya terhadap bidang kecantikan.

KOSMO! AHAD: Boleh ceritakan tentang latar belakang diri?

Nurfaza: Saya merupakan seorang pencipta kandungan digital yang banyak mempromosikan gaya hidup, kecantikan dan pengembaraan selain merupakan pengasas kepada produk bibir jenama sendiri iaitu SQIN.

Bagaimana boleh terjun ke dalam bidang kecantikan dan menjadi seorang pempe­ngaruh?
Saya gemar menghasilkan kandungan digital dengan berkongsikan minat saya di media sosial. Pada awal, ia sekadar mengisi masa lapang, namun kini menjadi platform menonjolkan diri serta berhubung dengan orang ramai.

Sebagai seorang pempengaruh, apa minat awak?
Jujurnya, kandungan saya banyak memfokuskan kepada kecantikan dan gaya kerana ia antara yang diminati. Saya juga gemar berkongsi tentang fesyen kerana ia bukan sekadar pakaian, tetapi cara menyerlahkan diri dan membuatkan perasaan lebih gembira.

Apakah cabaran bergelar seorang pempe­ngaruh memandangkan setiap pergerakan sentiasa diperhatikan masyarakat?
Bila orang melihat sebagai seorang role model, maka setiap tindakan saya akan memberi impak sama ada positif atau negatif. Sebab itu, saya sentiasa berjaga-jaga dalam penghasilan kandu­ngan bagi memastikan ia bermanfaat.

Pernah menjadi mangsa buli dan cara menanganinya?
Ya, saya pernah menjadi mang­sa buli sebelum ini kerana mempunyai warna kulit yang lebih gelap kerana aktif dengan aktiviti sekolah. Tapi, saya tidak pernah ambil hati dan menganggap sebagai pengalaman hidup.

Adakah seorang pempe­ngaruh perlu cantik atau ada ciri lain tampil berkualiti?
Cantik bukanlah kunci menjadi pempengaruh berkuali­ti, sebaliknya perlu hadir de­ngan persembahan baik selain keaslian menghasilkan kandungan.

Pempengaruh tidak perlu belajar tinggi, apa pandangan anda?
Untuk menjadi seseorang pempengaruh, anda perlu bijak dalam aspek pendidikan dan ada matlamat hidup. Saya tidak mahu jadi pempengaruh yang buat video viral tanpa hala tuju.

Bagaimanakah anda men­terjemahkan maksud cantik?
Cantik itu subjektif kerana ia boleh diterjemahkan bagaimana seseorang itu membawa diri, berfikir, melayan orang sekeli­ling dan menghargai diri sendiri.

Apa rutin diamalkan untuk menjaga kecantikan luaran?
Penjagaan kulit wajah dan badan sangat penting, saya juga suka menggunakan minyak badan kerana produk itu membuatkan kulit lebih bersinar dan sihat.

Apa nasihat kepada wanita di luar sana agar memen­tingkan penjaga­an diri?
Penjagaan diri bukan sekadar untuk nampak cantik, tetapi lebih kepada menjaga kesihatan fizikal, mental dan emosi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN