fbpx

Wanita maut motosikal hilang kawalan rempuh tembok batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Pengkalan berhampiran Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd. Zain di Alor Gajah, Melaka pada tengah malam semalam.

ALOR GAJAH – Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal yang dia tunggang hilang kawalan sebelum merempuh tembok batu di Jalan Pengkalan berhampiran Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd. Zain di sini tengah malam tadi.

Kemalangan pada pukul 12.50 tengah malam itu meragut nyawa Nur Erdiyanah Samsul Maarif, 27, yang disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal Yamaha 135LC dalam perjalanan dari arah Melaka Pindah menuju ke rumahnya di Taman Puncak Kasa Height.

“Setibanya di lokasi, motosikal itu dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas ke kanan dan melanggar tembok. Wanita itu disahkan maut di lokasi akibat pendarahan di kepala. Mayatnya  dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat,” katanya hari ini.

Menurut Ashari, kenderaan terlibat dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI