fbpx

Pasangan kekasih didakwa bunuh ibu kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth, hari ini. -Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret Butterworth, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kandung lelaki itu, bulan lalu.

Tertuduh, J. Ambrose, 24, bersama teman wanitanya, S. Litha, 20, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan oleh kedua-dua tertuduh kerana kes bunuh adalah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, pasangan itu secara bersama didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap J. Virginie,60, di sebuah rumah di Pangsapuri Seri Orkid, Bagan Ajam, antara 6.43 petang hingga 8.37 malam, 31 Januari lalu.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 14 April depan untuk laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurameera Shahrul Azrin, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan pasangan kekasih terbabit direman tujuh hari untuk siasatan kes kematian ibu kandung lelaki terbabit. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI