fbpx

Buruh ‘heret’ budak perempuan masuk hutan didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Aiman (tengah) didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROSALWANI CHE SOH / KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual dengan meliwat remaja perempuan berusia 16 tahun di kawasan hutan Mengkebang, Kuala Krai dekat sini pada bulan lalu.

Tertuduh, Mohamad Aiman Afham Zainal A’abidin, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual dengan meliwat seorang remaja perempuan yang berusia 16 tahun ketika kejadian.

Perbuatan terkutuk itu dilakukan di kawasan hutan Mengkebang, Kuala Krai dekat sini kira-kira pukul 7.30 malam pada 9 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyan 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 10 Mac depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI