fbpx
KEADAAN Toyota Hilux dipandu mangsa selepas terlibat kemalangan di Kilometer 30.0 Jalan Johor Bahru-Mersing dekat lampu isyarat Taman Sri Saujana, Kota Tinggi hari ini.

Wanita maut, empat cedera kemalangan Hilux dan treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang wanita maut selepas pacuan empat roda yang dipandu terlibat kemalangan dengan treler di Kilometer 30, Jalan Johor Bahru-Mersing berdekatan lampu isyarat Taman Sri Saujana di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Jelambai anak Rirong, 51, meninggal dunia di lokasi, manakala empat lagi penumpang berusia 45, 13, 9 dan 7 tahun cedera.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pada pukul 9.50 pagi.

“Nahas melibatkan treler Hino yang dipandu lelaki tempatan berusia 25 tahun dengan trak pikap Toyota Hilux dipandu wanita berusia 50 tahun serta empat penumpang.

“Dalam kemalangan itu, pemandu Toyota Hilux cedera parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi. Empat penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan.

“Pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI