fbpx

Kedah ada MB sempoi tak boleh selesai masalah rakyat – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi dan Rafizi.

PETALING – “Rugilah Kedah ada MB (Menteri Besar) yang sempoi dan hebat, tapi tak boleh selesai masalah rakyat”

Demikian sindiran Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Beliau secara sinis berkata, Kedah mempunyai Menteri Besar yang hebat, tetapi semua hal pembangunan diminta kepada Kerajaan Persekutuan.

“Kalau semua hal pembangunan ini ‘di-taichi” kepada Kerajaan Persekutuan, rugilah Kedah ada MB yang sempoi dan hebat.

“Titi kampung pun kena minta dengan Kerajaan Persekutuan,” sindirnya menerusi satu rakaman video di muat naik di Facebook hari ini.

Rafizi berkata, beliau telah diminta untuk membuat lapangan terbang, kereta api, hospital, jambatan dan universiti di Kedah.

“Ada yang tanya saya tak kecil hati dia orang maki saya lepas itu suruh buat macam-macam untuk dia orang?

“Saya ok je. Nanti saya kaji ikut prosedur dan supaya adil kepada semua,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI