Apakah persamaan solat asar, qiamullail dan ibadah pada bulan Syaaban? Mungkin ramai yang tidak terfikir persamaannya, tetapi jika diperhalusi ketiga-tiganya disandarkan keistimewaannya kerana ‘waktu yang sering dilalaikan atau dilupakan manusia’. Pendek kata, di situlah kunci Allah menilai siapa dalam kalangan hambaNya yang paling mencintaiNya di saat rata-rata yang lain lupa atau leka. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 238, peliharalah solat lima waktu terutama solat wusto (pertengahan) yakni asar (kerana kelaziman waktu kritikal manusia paling sibuk) dan Allah juga mencintai……