fbpx

[VIDEO] ‘Pak guard’ menang besar, dapat angpau berkepuk-kepuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan seorang pengawal keselamatan sedang mengira angpau yang diterima sempena Tahun Baharu Cina.

PETALING JAYA – Sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini amat bermakna bagi seorang pengawal keselamatan apabila dia menerima banyak angpau daripada kakitangan di sebuah kilang yang menjadi tempatnya mencari rezeki.

Menerusi video tular dikongsikan pengguna TikTok @Fydaz, jelas memaparkan pengawal keselamatan asing itu sedang mengira ‘wang raya’ yang diperolehi.

Lebih mengujakan, apabila angpau tersebut kebanyakannya berisi wang kertas RM10 dan RM20 selain RM50.

Video berdurasi 17 saat itu turut memperlihatkan deretan angpau itu disusun di atas meja sambil pengawal keselamtan tersebut mengeluarkan wang kertas daripada sampul angpau satu persatu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai teruja melihat ‘durian runtuh’ yang diperoleh pengawal keselamatan itu.

“Anda mesti seorang pengawal keselamatan yang baik kepada semua, jadi mereka sayang anda juga,” kata Jessica.

“Wah, silap hari bulan lebih sebulan daripada gaji dia!,” kata Pearl Design Centre.

“Rezeki itu, menang besar pak guard. Orang baik mesti dilayan baik,” komen Syafiq.

“Aku pula yang teruja nak tahu berapa dia dapat, siap ada RM50. Alhamdulillah, rezeki dia kerja di Tahun Baharu Cina,” kata Aireen Lya. – KOSMO! ONLINE

@arjunrai7509chinese new year 2025 january aampau 🤣🤣😎😎🙏🙏💌💌💌@#

♬ Chinese New Year – Lux-Inspira

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI