PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KL-Karak) E8 dilaporkan sesak sepanjang 10 kilometer susulan pertambahan kenderaan perantau yang kembali ke ibu kota selepas cuti sambutan Tahun Baharu Cina.
Menurut laporan trafik Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di aplikasi X, keadaan di KLK itu dipercayai bertambah teruk dari Lentang ke Bukit Tinggi.
“Keadaan trafik sesak sepanjang 9.7km dari KM58.8 hingga ke KM49.1 dari arah Lentang ke Bukit Tinggi.
“Keadaan itu berlaku berikutan pertambahan trafik,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE














