fbpx
MUHAMMAD yang bertugas di sebuah kem di Kluang dilaporkan hilang selepas keluar mengunting rambut Selasa lalu.

Prebet Muhammad hilang, gagal dikesan lepas gunting rambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Seorang anggota tentera sebuah kem di Kluang dilaporkan hilang selepas keluar untuk bergunting rambut pada Selasa lalu.

Dahalan Abdullah, 61, berkata, kehilangan anaknya, Prebet Muhammad, 22, dimaklumkan oleh menantunya selepas menerima maklumat daripada rakan sekerjanya.

Katanya, anak ketujuh daripada lapan beradik itu keluar untuk bergunting rambut pada pukul 10 pagi dengan berpakaian baju T serta seluar sukan menaiki sebuah motosikal berwarna kuning.

“Saya dimaklumkan oleh menantu pada Jumaat sebelum bergegas dari Kuantan ke Kluang kerana mahu mengesan kedudukan anak yang dipercayai mengalami tekanan di tempat kerja.

“Walaupun sudah pelbagai usaha dilakukan termasuk menggunakan kaedah perubatan Islam namun tetap belum menemuinya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Dahalan lagi, anaknya sudah tiga tahun berkhidmat di dalam pasukan itu selepas menamatkan latihan pada tahun 2021.

Dahalan turut berharap anaknya pulang semula ke pasukan dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah untuk meneruskan tugas.

“Orang ramai yang mengenali atau mengetahui kedudukan anak saya diharapkan dapat menghubungi talian 011- 40229608 agar dapat saya menemuinya,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI