fbpx

Dua pekerja diburu, tikam majikan guna besi sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis memburu dua lelaki warga asing dipercayai terlibat kes menikam dan menyamun dua beranak dalam kejadian di kebun persendirian milik mangsa di Kampung Napagang Entilibon, Tongod semalam

BELURAN – Polis memburu dua lelaki asing dipercayai menyamun dan menikam dua beranak yang juga majikan mereka dalam kejadian di kebun persendirian milik mangsa di Kampung Napagang Entilibon, Tongod di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, mangsa melibatkan lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun. Dua beranak itu cedera di badan akibat terkena tikaman dengan menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Hasan Majid berkata, pihaknya menerima laporan daripada isteri mangsa yang memaklumkan suami dan anaknya cedera ditikam dengan senjata tajam dipercayai besi mengangkat sawit di kebun sawit milik mangsa.

Suspek yang terlibat dalam kejadian itu dikenal pasti sebagai pekerja mangsa. Suspek merupakan warga Indonesia dikenali sebagai Anuar berusia dalam lingkungan 40-an, manakala Saril pula 20-an.

“Dua lelaki itu melarikan diri selepas mencederakan dua beranak tersebtu. Mereka turut melarikan trak pikap jenis Toyota Hilux berwarna putih dengan nombor pendaftaran SAB7801P milik mangsa.

“Selain itu, barangan mangsa seperti telefon bimbit dan dompet turut dilarikan suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hasan berkata, kedua-dua mangsa yang cedera di bahagian badan, lengan dan paha dihantar ke Hospital Duchess Of Kent, Sandakan untuk rawatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI