fbpx

Lokasi gimnasium Khabib Nurmagomedov di Johor sudah dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Disember tahun lalu media melaporkan Khabib Nurmagomedov bersetuju membuka gimnasium latihan di Johor.

JOHOR BAHRU – Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) telah mengesan beberapa lokasi yang bersesuaian untuk membina gimnasium bekas juara dunia UFC kategori lightweight, Khabib Nurmagomedov (Khabib Gym) di negeri ini.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, ia masih belum dimuktamadkan dan perlu mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Katanya, antara lokasi yang menjadi pertimbangan ialah kawasan jajaran Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) serta kawasan tumpuan orang muda seperti di Iskandar Puteri.

“Seperti kita sedia maklum perbincangan awal telah dibuat antara Khabib dan Tuanku (Tunku Ismail) dan kami (delegasi kerajaan negeri diketuai Menteri Besar), hanya meneruskan perbincangan mengenainya di Abu Dhabi dan Dubai.

“Reka bentuk fasiliti itu juga sudah siap cuma menunggu perkenan daripada Tuanku (Tunku Mahkota Ismail), termasuk Khabib sendiri khususnya dari segi model perniagaan dan bagaimana untuk kita teruskan program bersama dengan Khabib Gym,” katanya selepas menyempurnakan Program Back To School di Dewan Kampung Melayu, di sini hari ini.

Disember tahun lalu, akhbar melaporkan Khabib Nurmagomedov bersetuju membuka gimnasium latihan di Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI