fbpx
Tangkap layar video kelibat seekor buaya di kawasan perumahan di Bintulu, Sarawak.

[VIDEO] Buaya ‘ziarah’ rumah banjir di Bintulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penduduk di kawasan banjir sekitar Bintulu, Sarawak digemparkan dengan kemunculan seekor buaya yang dilihat berkeliaran berhampiran kawasan perumahan.

Kejadian itu tular di aplikasi X selepas seorang pengguna, @datukhensem, memuat naik video hantaran mengenai kewujudan reptilia berkenaan.

“Kelibat seekor buaya kelihatan di kawasan perumahan yang dilanda banjir di Bintulu, Sarawak.

“Sila pastikan anak-anak tidak bermain di kawasan banjir. Semoga dipermudahkan segala urusan,” tulisnya pada hantaran itu.

Pengguna media sosial turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan mengelakkan aktiviti di kawasan banjir.

“Oh tidak, harap semuanya selamat,” kata Arman.

“Seram sangat ni,” kata Ragedmom.

“Takutnya,” ujar Nursihaida.

Video yang tular itu kini mencapai kira-kira 74,000 tontonan di aplikasi berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI