fbpx

Terbantut lepaskan hajat, kepala ular terjulur dalam mangkuk tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ular jagung yang ditemui di dalam mangkuk tandas di Burnley, daerah Lancashire semalam. - Kennedy News

LONDON – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila menemui seekor ular berlingkar di dalam mangkuk tandas di rumahnya, lapor akhbar Metro UK semalam.

Kejadian berlaku sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan) di sebuah kejiranan dekat bandar Burnley, England, baru-baru ini.

Kacey-Leigh Moss, 21, berkata, penemuan mengerikan itu terjadi selepas dia bangun untuk menggunakan bilik air. 

“Selepas menyalakan lampu bilik air, saya melihat kepala ular keluar daripada mangkuk tandas. 

“Saya hanya diam dan terpaku. Saya tidak pernah takut seperti ini,” kata Moss. 

Moss segera menghubungi sebuah badan amal, Persatuan Diraja untuk Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (RSPCA) untuk menangkap reptilia tersebut. 

Seorang jurucakap RSPCA berkata: “Kami diberitahu bahawa tandas itu tidak boleh dipam selama beberapa minggu dan ia mungkin berpunca daripada ‘pelawat’ ini. 

“Ia dikenal pasti sebagai ular jagung yang tidak berbahaya. Namun, ular ini tidak berjaya ditangkap selepas melarikan diri ke dalam sambungan paip. 

“Kami akan datang semula jika ia muncul,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI