fbpx

Kelindan lori didakwa edar 19.2kg heroin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Saffuan (kiri) didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 19.2kg di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.

IPOH – Seorang kelindan lori yang ditahan polis minggu lalu dipercayai ketika sedang menunggu ‘pelanggan’ dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Mohd. Saffuan Nor Rahim, 43, didakwa mengedar dadah berbahaya jenis heroin seberat 19,246 gram di kawasan tempat letak kereta di Persiaran Meru Point, Taman Seri Meru, Ipoh pada pukul 11.20 pagi, 21 Januari 2025.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Tertuduh mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Nora Sharif, namun, tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd. Saffuan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqilah Syaza Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 28 April depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI