fbpx

Kalau sakit tekak, cuba berkumur guna air garam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Sakit tekak akibat cuaca tidak menentu boleh diatasi dengan cara mudah iaitu berkumur menggunakan air garam suam.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM), amalan mudah ini terbukti secara saintifik mampu mengurangkan risiko jangkitan saluran pernafasan atas selain mempercepatkan proses pemulihan sakit tekak.

“Air garam membantu menarik keluar lebihan cecair dari tisu yang bengkak, mengurangkan keradangan, dan membasmi bakteria di kawasan tekak,” jelasnya.

Malah, larutan hipertonik seperti air garam juga dikatakan berkesan mencairkan lendir, yang sering menjadi punca rasa tidak selesa di tekak dan memberikan kesan antiseptik..

“Campurkan setengah sudu teh garam ke dalam segelas air suam (250 ml). Kacau hingga garam larut sepenuhnya. Berkumur selama 20 hingga 30 saat, kemudian buang airnya. Ulangi dua hingga tiga kali sehari untuk kesan yang lebih baik,” tambahnya.

Namun, PHM menasihatkan agar anda segera mendapatkan rawatan doktor sekiranya sakit tekak berlarutan lebih dari tiga hari, disertai demam tinggi atau kesukaran menelan.

“Sakit tekak mungkin kelihatan biasa, tetapi jika tidak dirawat, ia boleh menjadi lebih serius. Pastikan anda mengambil langkah yang betul untuk menjaga kesihatan,” tegas PHM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI