fbpx
AARON (depan) dan Wooi Yik mula kembali ke prestasi sebenar ketika mara ke separuh akhir Indonesia Masters. - Foto arkib Kosmo!

Indonesia Masters: Aaron-Wooi Yik intai slot final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beregu lelaki sensasi negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Indonesia Masters selepas menewaskan gandingan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Kim Won Ho pada aksi suku akhir sebentar tadi.

Aaron-Wooi Yik yang menduduki ranking No. 5 dunia hanya memerlukan masa 41 minit untuk menang ke atas Min Hyuk-Won Ho dengan kemenangan straight set 21-19, 21-15 di Stadium Istora Senayan, Jakarta.

Gandingan juara dunia edisi 2022 itu bakal menentang rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang turut lolos ke separuh akhir esok.

Terdahulu, Wei Chong-Kai Wun menewaskan satu lagi wakil senegara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King 21-16, 21-16.

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah turut menceriakan kem negara untuk melakar keputusan straight set ke atas juara Terbuka Malaysia 2025 dari Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumo 21-15, 21-16. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI