fbpx

Estupinan nafi impian besar Jojo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jojo (kiri) memberikan reaksi bersahaja selepas tamat pertarungan sebentar tadi, - Foto tangkap layar siaran langsung One Championship

PETALING JAYA – Harapan jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar untuk melakukan kejutan tidak kesampaian apabila tewas kepada jaguh Colombia, Johan Estupinan di Impact Arena Bangkok, Thailand sebentar tadi.

Pada pertarungan ONE 170 kategori flyweight muay thai itu, Jojo yang sebelum ini melakar kejutan ke atas Josue ‘Tuzo’ Cruz menampilkan aksi cukup matang pada awal saingan dengan melakukan knockdown pada pusingan pertama .

Namun, aksi agresif yang ditampilkan oleh Estupinan selain berjaya melepaskan beberapa tumbukan ke arah Jojo melemahkan jaguh seni bela diri berusia 18 tahun itu.

Asakan demi asakan, Jojo dilihat semakin berdepan kesukaran dengan kemenangan akhirnya berpihak kepada Estupinan yang terkenal dengan gelaran Panda Kick menerusi keputusan pengadil.

Hanya satu mata memisahkan Jojo dan Estupinan pada pertarungan kali ini sekali gus menyaksikan kekalahan kedua bintang muda negara itu dalam arena One Championship. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI