fbpx
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor melakukan sitaan terhadap sebuah taska di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat pada 9 Januari lalu. – AFIQ RAZALI

Taska murah, dekat jadi pilihan ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Faktor jarak yang dekat dengan kediaman dan harga berpatutan menjadi pilihan utama sebahagian ibu bapa yang ingin menghantar bayi dan anak mereka ke taska bagi memudahkan urusan kerana sibuk bekerja.

Tinjaun Kosmo! mendapati, ada dalam kalangan ibu bapa memilih taska sedemikian biarpun mengetahui ia tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Di Klang, Selangor, seorang pengawal keselamatan yang mahu dikenali sebagai Ernie, 30, berkata, walaupun mengetahui taska tempat anaknya yang ber­usia empat tahun diasuh tidak berlesen, namun dia tetap menghantarnya kerana yuran dikenakan mampu dibayar, selain jarak­nya dekat dengan rumah.

“Memang diakui jumlah kanak-kanak agak ramai di situ, namun saya tiada pilihan.

“Suami saya bekerja kilang, gaji pun lebih kurang saya RM2,000 lebih. Apa yang pen­ting masalah menjaga anak selesai,” katanya.

Seorang pekerja swasta, Shahrina Yusri, 26, pula berkata, dia menghantar anaknya berusia lima bulan ke taska tidak jauh dari tempatnya bekerja.

Katanya, seorang rakan memberi cadangan disebabkan dia pun menghantar anaknya ber­usia dua tahun di taska sama.

Dalam pada itu, terdapat ibu bapa yang mengambil berat soal keselamatan anak-anak mengambil keputusan memilih taska yang betul-betul selamat dan berdaftar dengan JKM.

Di Kuala Terengganu, seorang bakal ibu yang sarat hamil tujuh bulan dalam dilema untuk menghantar bayinya ke taska ekoran penularan beberapa kes penganiayaan di premis ber­kenaan sehingga membawa kepada kematian akhir-akhir ini.

Sharina Ahmad Tajuddin, 26, berkata, dia yang bekerja sebagai penjawat awam me­rancang menghantar bayi yang bakal dilahirkannya pada bulan Mac depan ke taska selepas ber­pantang.

“Rakan sekerja menasihatkan saya menghantar ke taska berdaftar walaupun yuran bulanan mahal,” katanya.

Di Sungai Petani, Kedah, seorang ibu kepada dua anak ber­usia dua dan empat tahun, Nor Juliana Yaakob, 35, berkata, perkara pertama dilakukan sebelum memilih taska ialah memastikan ia berdaftar dengan JKM.

“Saya juga akan risik-risik de­ngan orang yang pernah hantar anak ke taska tersebut… kalau mereka kata tak ada masalah, baru saya hantar,” katanya.

Di Ipoh, Perak, seorang kakitangan swasta, Salawati Ahmad, 3O, berkata, dia menghantar dua anaknya ke taska swasta berhampiran rumahnya.

“Memang bayaran bulannya agak mahal tetapi saya lebih mementingkan keselamatan anak-anak, selain pusat jagaan ini dilengkapi televisyen litar tertutup,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN