fbpx

Agong titah mangsa banjir jaga diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULTAN IBRAHIM mencemar duli menziarahi mangsa banjir ketika melawat PPS SJKC New Kota, Kota Tinggi, hari ini

KOTA TINGGI – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat melawat mangsa banjir di daerah ini.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berkenan melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi di sini.

“Kedua-duanya menempatkan kira-kira 390 orang mangsa banjir daripada 106 keluarga,” menurut hantaran itu.

Keberangkatan Sultan Ibrahim diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani, Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar dan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Miswan Yunus.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI