fbpx
Suraya menunjukkan pakaian Sharlinie (gambar kecil) yang akan dipeluk setiap kali merindui anaknya yang hilang sejak 17 tahun lalu ketika ditemui di rumahnya di Dungun semalam.

‘Saya akan tetap tunggu Ninie pulang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Biarpun sudah 17 ta­hun dilaporkan hilang, se­orang ibu masih menaruh ke­yakinan tinggi bahawa anak pe­rempuannya, Shar­linie Mohd. Nashar masih hidup dan dipelihara dengan baik oleh individu yang menculiknya.

Anak ketiga daripada empat ber­adik itu dilaporkan hilang se­lepas keluar bermain bersama ka­­kaknya, Sharliena di taman permainan berdekatan rumah mereka di Taman Medan, Petaling Jaya pada 9 Januari 2008 sewaktu berusia empat tahun.

Suraya Ahmad, 45, berkata, biar­pun kejadian kehilangan itu sudah lama berlaku, namun dia yakin anaknya yang mesra dipanggil Nini akan pulang ke pangkuan keluarga suatu hari nanti.

“Saya akan tetap akan tunggu Nini pulang. Saya sangat merinduinya dan jika dia pulang, saya mahu memeluk dan mencium­nya seperti dahulu.

“Nini, kalau sayang dan masih ingat pada ibu, pulanglah,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Padang Pulut di sini semalam.

Cerita Suraya, setiap hari, dia tidak putus-putus berdoa agar Nini selamat walau di mana pun anaknya berada.

Dua bingkai gambar dan tiga pasang pakaian kegemaran Nini menjadi pengganti untuk dipeluk setiap kali dia merindui anaknya itu.

“Bingkai gambar Nini dan tiga pasang baju itu digantung pada dinding bilik tidur sebagai tanda kami tidak pernah melupakan dia walaupun sedetik.

“Perasaan rindu itu semakin kuat setiap kali tiba bulan Januari kerana Nini hilang pada 9 Januari (semalam), manakala ulang tahun kelahirannya pula pada 30 Januari,” katanya.

Suraya memberitahu, sekiranya ditemui, Nini berusia 21 tahun pada tahun ini.

“Saya hanya sempat meraikan ulang tahun kelahiran Nini sebanyak tiga kali. Dia hilang tiga minggu sebelum usianya empat tahun,” katanya.

Sementara itu, Sharliena, 24, memberitahu, sebagai individu terakhir bersama Nini, dia tidak dapat melupakan detik-detik akhir sebelum kehilangan adiknya sehingga kini.

Dia yang ketika itu berusia tujuh tahun sayu mengenangkan peristiwa kehilangan tersebut setiap kali pulang ke rumah nenek mereka di Taman Me­dan.

“Saya sangat rindukan keletah Nini yang manja, periang dan suka menyanyi di sebalik pintu (rumah),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN