fbpx
Tiang penahan ostrich rider di Laman Komuniti Kampung Melayu, Kluang yang rosak.

Baru tukar sudah rosak balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Penduduk Kampung Melayu, di sini, kesal de­ngan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang merosakkan sebahagian alat senaman di Laman Komuniti Kampung Melayu, di sini.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai yang datang untuk beriadah terpaksa berhati-hati memilih alat senaman agar tidak memudaratkan mereka khususnya kanak-kanak.

Pengadu, Rohani Mohamad, 35, berkata, difahamkan laman ini ditutup sementara pada pertengahan tahun lalu sebelum dibuka untuk penggunaan umum pada hujung tahun.

Katanya, ketika kali pertama membawa anak-anak beriadah di Laman Komuniti itu semalam, mereka terkejut kerana terdapat alat senaman yang rosak selepas hanya beberapa bulan dibaik pulih sebelum ini.

“Dalam soal ini, siapa yang harus dipersalahkan kerana kerosakan itu dilihat bukan berpunca daripada vandalis­me, namun lebih kepada kaedah pemasangannya.

“Antara peralatan senaman rosak adalah ostrich rider yang telah tercabut bahagian kaki­nya, manakala space walker longgar hingga bergesel dengan tiang penyokongnya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seorang lagi pengadu, Ros­lan Ali, 45, berkata, semenjak kewujudan Laman Komuniti Kampung Melayu ini, sudah beberapa kali berlaku kerosakan pada alat senaman yang dise­diakan pihak Majlis Perbandaran Kluang (MPK).

“Untuk itu, kami mengharapkan apabila penggantian dilakukan nanti biarlah dilaksanakan dengan baik agar dapat bertahan lama selain tidak membazir kos pengurusan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN