fbpx

Peluang Marquez kembali juara dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ berharap dapat kembali bergelar juara dunia dalam tempoh dua tahun bersama Ducati pada 2025 dan 2026. - EUROSPORT

MADRID – Juara enam kali Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Marc Marquez sudah menetapkan matlamat besar menjelang musim 2025 terutama untuk kembali menggenggam gelaran dunia sejurus menyertai pasukan Ducati.

Pelumba Sepanyol tersebut yang sebelum ini menyertai pasukan satelit Ducati, Gresini Racing bertekad untuk bersaing hingga ke penghujung musim.

“Bersaing merebut gelaran adalah matlamat utama, sekurang-kurangnya untuk bertahan hingga perlumbaan terakhir tahun ini

“Untuk 2025 dan 2026, ini adalah dua peluang terakhir saya untuk cuba kembali menang (juara dunia). Apa yang jelas adalah kami berada dalam pasukan terkuat dengan motosikal terbaik.

“Saya teruja untuk memulakan musim 2025 kali ini bersama Ducati,” katanya.

Persaingan sengit dijangka berlaku dalam kem Ducati apabila Marquez akan bergandingan bersama Francesco Bagnaia.

Bagaimanapun, Marquez tidak memandang ringan cabaran tersebut dan melakukan persiapan yang rapi untuk bersaing dengan salah seorang pelumba terbaik dalam grid perlumbaan ketika ini.

“Bersama Ducati, saya yakin kami mampu mencipta sejarah. Namun, ia memerlukan kerja keras dan kesabaran,” tambah Marquez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI