fbpx

Dua lelaki ditahan kes bunuh wanita di hotel bajet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SERDANG – Polis menahan dua lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita warga asing di sebuah hotel di Taman Mawar Puchong, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 10.15 malam daripada seorang lelaki tempatan.

“Maklumat awal mendapati mangsa berusia lingkungan 30-an ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik hotel tersebut dan dipercayai telah dibunuh.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat, Anbalagan berkata, pihak polis berjaya menahan dua lelaki warga asing berusia 39 tahun di sekitar kawasan Puchong, sekitar pukul 3 pagi tadi.

“Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek telah diluluskan sehingga 6 Januari bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, bedah siasat akan dijalankan di Hospital Serdang untuk mengenal pasti punca kematian mangsa.

Dalam pada itu, Anbalagan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan, Siti Zamarah Jamaludin di talian 03-8074 2222.– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI