fbpx

EPL: Arsenal makin yakin menang trofi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAVERTZ (dua dari kiri) meledak gol kemenangan menewaskan Ipswich awal pagi semalam. - ARSENAL FC

LONDON – Arsenal kembali membuktikan status sebagai pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila melonjak ke tangga kedua hasil kemenangan 1-0 ke atas Ipswich Town di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Meskipun hanya menjaringkan satu gol tetapi persembahan dominan The Gunners untuk meraih tiga mata menyaksikan mereka kini enam mata di belakang pendahulu EPL, Liverpool yang memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Menairknya, meskipun turun tanpa Bukayo Saka yang disahkan tersisih lebih dua bulan kerana hamstring, namun Arsenal masih menjadi satu-satunya pasukan tidak kalah di laman sendiri dalam kempen EPL musim ini.

Tonggak tengah Arsenal, Declan Rice berharap saingan tahun 2025 bakal ‘menghadiahkan’ mereka pelbagai trofi apabila masih bersaing dalam semua kejohanan iaitu EPL, Piala Liga Inggeris (EFL), Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

“Kami mendominasi perlawanan ini walaupun menentang lawan yang bermain terlalu rendah ke bahagian bawah. Sukar sebenarnya untuk mencipta sesuai menentang lawan yang bermain formasi 5-4-1.

“Namun, kami tetap mencuba untuk mencari satu atau dua lagi jaringan tetapi tidak berjaya. Apapun ia kemenangan yang cukup bermakna buat kami.

“Secara keseluruhan, tahun ini sangat bagus dan saya harap kami dapat membawa pulang trofi pada 2025. Untuk berada dalam kelompok elit, kami perlu menang dan terus menang,” kata Rice.

Gol tunggal daripada Kai Havertz pada minit ke-23 menyaksikan skuad bimbingan Mikel Arteta itu merekodkan kemenangan tanpa bolos di Emirates buat kali pertama sejak Disember 2021. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI