fbpx
CHAN (kanan) memberi konsultasi pemilihan warna kepada salah seorang pelanggan Indie Batik di Metrojaya, Mid Valley, Kuala Lumpur.

Warna batik sesuai tona kulit serlah seri pemakai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Kita sering kali mendengar komen-komen berkaitan penampilan seseorang yang nampak kusam atau kurang berseri kerana tersilap memilih warna sesuai dengan diri.

Ini kerana, warna sebenarnya mempunyai pengaruh yang besar, dan salah satu faktor terpenting dalam pemilihan gaya atau pakaian.

Memahami warna yang tepat untuk diri mampu menyerlah keperibadian, sekali gus membolehkan kita menjadi versi terbaik.

Trend colour analysis atau analisis warna yang semakin popular ketika ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan konsultasi berkenaan warna yang sesuai digayakan.

Bagi membantu orang ramai mengenali warna peribadi mereka, label pakaian, Indie Batik telah menganjurkan sesi analisis warna bersama pakar perunding bertauliah ColourMeBeautiful, Michelle Chan.

Acara tersebut telah diadakan di pusat beli-belah, Metrojaya Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Chan menerusi sesi konsultasi bersama pengunjung menggunakan teknik analisis warna khas untuk membantu mereka mengenal pasti tona dan warna kulit paling bersesuaian dengan ciri fizikal masing-masing.

“Sebelum memulakan sesi, saya akan melihat ciri fizikal seseorang seperti warna rambut, warna kulit dan warna mata mereka.

“Daripada situ, saya boleh menentukan tona warna atau colour palette yang sesuai digayakan mereka,” katanya.

Dalam sesi itu, Chan mengajar pengunjung bagaimana cara untuk memadankan warna daripada koleksi busana Indie Batik dengan tona kulit mereka.

“Saya melihat busana daripada label ini dihasilkan dalam pelbagai rona, sesuai untuk semua warna kulit.

“Sebagai contoh, rona-rona hangat seperti merah, coklat dan jingga sesuai buat mereka yang mempunyai tona kulit yang ‘deep’.

“Ini kerana, warna-warna hangat akan menaikkan seri pada penampilan mereka,” katanya.

Ujar Chan lagi, perkara pertama yang perlu diperhatikan saat memadankan warna dengan tona kulit adalah dengan melihat sama ada rona tersebut menjadikan wajah nampak kusam tidak bermaya atau cerah berseri.

Konsultasi sedemikian pastinya memudahkan individu untuk mencari warna sesuai, dan segera menyingkirkan rona tidak sesuai bagi menyerlah penampilan harian.

Dilancarkan pada Mei tahun ini, Indie Batik merupakan sebuah jenama di bawah Metrojaya Malaysia yang mengetengahkan busana batik khusus buat lelaki.

Lebih menarik, rangkaian batik itu juga dihasilkan sepenuhnya daripada fabrik kapas dan linen, sekali gus memberi keselesaan kepada pemakai.

Label itu dalam satu kenyataan media memaklumkan bahawa cetakan blok yang digunakan diinspirasikan daripada batik asli.

“Koleksi jenama ini merangkumi kemeja bergaya serta seluar jerut yang selesa.

Ia direka bagi menyerlah kehalusan corak inspirasi seni Nusantara, khusus buat jejaka moden masa kini.

“Dengan slogan, ‘Free to Be Different’, Indie Batik berharap jejaka-jejaka di luar sana dapat menemui gaya unik mereka tersendiri melalui pakaian rekaan daripada jenama tempatan ini,” tulis kenyataan itu.

Koleksi Indie Batik boleh didapati di aras satu Metrojaya Mid Valley dan pusat beli-belah, Avenue K.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN