fbpx
Harraz ditemui dalam keadaan lemah selepas mukanya ditutupi selimut. Ketika itu bayi berkenaan sedang tidur di atas tilam.

Ibu bapa Harraz Noah berjiwa besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Kehilangan anak buat selama-lamanya bukan sesuatu yang mudah, lebih-lebih apabila cara kematiannya ketika berada di bawah jagaan pengasuh.

Sudah pasti perkara itu menjadi satu trauma paling pedih yang perlu dihadapi ibu bapa bekerjaya.

Sangat perit untuk dua hati mengharungi hilangnya zuriat dari alam nyata ini.

Namun itulah tertulis buat pasangan Ainol Izzah Raslan dan Nazrul Nizam Mohd. Tahar yang kehilangan anak mereka, Harraz Noah, berusia enam bulan.

Harraz ditemui dalam keadaan lemah selepas mukanya ditutupi selimut. Ketika itu bayi berkenaan sedang tidur di atas tilam.

Pengasuh tersebut telah empat bulan menjaga Harraz. Rasa bersalah yang menghantuinya atas pemergian Harraz bukan sedikit.

Bagaimanapun besarnya hati ibu bapa Harraz menerima ketentuan ini membuatkan penulis kagum. Pasangan ini reda atas pemergian anak dan tidak menyalahkan pengasuh.

Malah masih dilayan wanita itu dengan baik. Bukan sesuatu yang mudah tetapi terima kasih buat ibu bapa Harraz.

Bukan penulis mahu menyokong mana-mana pihak namun kisah bayi Harraz membuka mata tentang kerjaya sebagai pengasuh dan kehilangan nyawa.

Tentang reda ibu bapa Harraz. Ramai pengasuh turut melepaskan ‘kerjaya’ ini selepas melalui satu episod melibatkan anak asuhan.

Sebenarnya banyak faktor yang membuatkan seseorang memilih untuk menjadi pengasuh, terutamanya dalam mencari rezeki, tatkala mereka juga tidak boleh keluar rumah untuk bekerja.

‘Kerjaya’ ini hanya memerlukan mereka di rumah, memantau, memberi makan kepada anak-anak asuhan.

Bagaimanapun ia berkait rapat dengan nyawa orang, kehidupan anak-anak kecil.

Pengalaman menjaga anak sendiri pastinya tidak sama dengan anak orang namun itu boleh dijadikan asas.

Belum tentu kita boleh menjaga anak orang biarpun kita sendiri mempunyai anak ramai. Setiap kanak-kanak tidak sama.

Kepada pengasuh, caknalah pada setiap pengerakan anak-anak asuhan , keraplah tinjau dan setialah berada di sisi mereka.

Ambil peluang untuk belajar, jalani latihan serta kursus bagi meningkatkan kemahiran menjaga bayi dan kanak-kanak untuk mengelak perkara yang tidak diingini.

Skil pertolongan cemas, cara menguruskan bayi dan kanak-kanak selain cara mengawal emosi semuanya penting. Bukan sahaja untuk anak asuhan tetapi keluarga sendiri.

Memaafkan setelah berlaku sesuatu perkara tidak diingini bukan mudah, tidak semudah mengungkapkannya di bibir sebaliknya lahir dari lubuk hati paling dalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN