fbpx
THAILAND menjadi tumpuan pelancong luar termasuk dari Malaysia untuk berhibur.

Kaki ganja suka ke Thailand, Belanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keinginan untuk mencuba serta terpengaruh dengan rakan sebaya dikenal pasti menjadi punca rakyat Malaysia sanggup mengambil bahan terlarang di luar negara bagi tujuan berhibur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, antara negara yang berisiko dikunjungi rakyat Malaysia untuk mengambil dadah adalah Thailand dan Belanda memandangkan kedua-dua negara berkenaan ‘menghalalkan’ bahan larangan itu.

Menurutnya, pemeriksaan ujian urin secara rambang ke atas individu mencurigakan di kawasan pintu masuk negara turut menunjukkan peningkatan tangkapan pada tahun 2023 berbanding 2022.

“Pada tahun 2022, seramai 13 individu ditangkap positif dadah selepas pulang dari luar negara membabitkan kawasan jeti (sembilan tangkapan), lapangan terbang antarabangsa (satu) dan sempadan (tiga).

“Statistik menunjukkan pe­ningkatan tangkapan pada tahun 2023 iaitu 24 individu positif dadah selepas pulang dari luar negara membabitkan kawasan jeti (14 tangkapan), lapangan terbang antarabangsa (tiga) dan sempadan (tujuh).

“Pada tahun 2024 sehingga Ogos hanya terdapat lima tangkapan sahaja dan ia menurun berbanding tahun sebelumnya,” katanya kepada Kosmo!.

Menurut beliau, antara alasan yang diberikan individu terbabit adalah mereka tidak me­nyedari minuman telah dicampur dengan bahan terlarang ketika berkunjung ke pusat hiburan di luar negara.

Mengulas lanjut, Kok Chin memaklumkan, kebanyakan daripada mereka yang mengunjungi negara-negara yang menghalal­kan penggunaan dadah tidak menyedari berisiko terdedah kepada produk yang mengandungi bahan terlarang.

“Sebagai contoh, individu yang berkunjung ke Thailand, mereka terdedah dengan risiko positif dadah yang mana tidak ketahui makanan tersebut mengandungi bahan terlarang itu.

“Selain itu terdapat pengguna yang menggunakan ubat dari luar negara yang mengandungi dadah terlarang dan mereka percaya kandungan itu mampu mengubati penyakit dialami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN