fbpx

[VIDEO] Pemandu rentung, kereta terbakar langgar tiang LRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu kereta Honda Accord rentung dalam kebakaran dan disahkan maut di lokasi kejadian. - Foto PDRM

PETALING JAYA – Seorang pemandu kereta maut selepas Honda Accord yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tiang LRT di Lebuh Raya Persekutuan menghala ibu negara pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superitendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 7.24 pagi.

“Siasatan awal mendapati kereta mangsa hilang kawalan sebelum terbabas melanggar tiang LRT dan terbakar kira-kira pukul 6.20 pagi.

“Mangsa terbakar di seluruh badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini untuk dibedah siasat.

“Sehingga kini, maklumat mangsa masih belum dikenal pasti,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mana-mana individu yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kejadian tersebut diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerusi 03-79662222. – KOSMO! ONLINE

@donavantan547 Federal Highway KL bound. #accident #federalhighway ♬ original sound – donavantan547

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI