fbpx

‘Hubungan dengan suami tidak baik, dia tetap boleh jumpa anak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahnita mendapat hak penjagaan interim pada 6 Disember lalu.

PETALING JAYA – Terpaksa berdepan halangan, bekas model Zahnita Wilson tetap bersyukur apabila dapat kembali bersatu bersama dua anak perempuannya yang sebelum ini berada di bawah jagaan suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abd Gafoor.

Kongsi Zahnita, dua anak perempuannya itu sebelum ini tidak dibawa keluar bersama sebelum berpindah dari kediaman asalnya.

“Syukur saya dapat ambil dua anak perempuan saya semalam dan sudah mendapat hak penjagaan interim pada 6 Disember lalu.

“Sebelum ini anak-anak masih bersekolah dan saya beri ruang kepada ayah mereka untuk hantar ke sekolah.

“Keadaan semalam tidak berjalan dengan baik untuk bawa anak-anak keluar (daripada rumah suami) sebab ada halangan daripada pihak sana,” katanya lagi.

Dalam pada itu, walaupun mendapat perintah perlindungan interim (IPO) daripada Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang, dia tetap memberi peluang kepada suaminya bertemu dengan empat anak mereka selama dua jam pada setiap hari Ahad seperti diperintahkan mahkamah.

“Saya juga perlu beri bapa bertemu dengan anak-anak.

“Namun, hubungan saya dengan suami masih tidak baik, namun harap semuanya akan berjalan dengan aman,” ujarnya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI