fbpx

Dewan Rakyat: 2,634 lokasi sampah haram ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Sejumlah 2,634 tapak lokasi sampah haram telah berjaya ditutup melibatkan anggaran kos pembersihan berjumlah RM412,000 dengan anggaran jumlah sisa yang dibersihkan sebanyak 1,500 tan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, sebanyak 28 kes pendakwaan mahkamah telah berjaya disabitkan kesalahan oleh mahkamah dengan jumlah denda sebanyak RM490,000.00.

Beliau berkata, selain itu, sebanyak 4,134 kali intipan telah dilaksanakan oleh Penguatkuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) sepanjang tahun 2024.

“Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui SWCorp dipertanggungjawabkan untuk membasmi lokasi dan aktiviti pembuangan sampah secara haram di tujuh negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

“Lokasi terlibat termasuk di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) yang meminta laporan program penutupan hotspot sampah haram bagi tahun 2024 melalui usaha kerjasama SWCorp.

“KPKT melalui SWCorp akan terus mempergiatkan usaha ke arah membasmi lokasi tapak sampah haram khusus melibatkan tujuh negeri tersebut, seperti Pelaksanaan cerapan lokasi pembuangan sampah haram, pemantauan menggunakan televisyen litar tertutup (CCTV) dan pemantauan oleh Anggota Penguatkuasa SWCorp,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI