fbpx

K2

Bolehkah solat di dalam air ketika banjir?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hukum solat dalam air banjir adalah sah sekiranya tiada kawasan daratan di sekitarnya. – Gambar hiasan

Saya mempunyai soalan berkenaan solat yang dilakukan ketika banjir. Baru-baru ini, saya telah menonton satu klip video yang tular yang menunjukkan seorang lelaki solat dalam air banjir. Timbul persoalan, jika saya dalam situasi banjir dan sukar untuk mencari kawasan yang tidak tenggelam di kediaman saya, adakah saya perlu solat secara sempurna iaitu sujud dan rukuk seperti biasa?

Jawapan: Isu ibadat ketika bencana alam telah dibincangkan hukum-hukumnya, bahkan di peringkat Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan telah dikeluarkan beberapa Garis Panduan Dan Hukum-Hakam Fiqh Ketika Banjir sebagai panduan masyarakat untuk beribadat di musim banjir. Adapun isu berkaitan solat ketika banjir serta mengerjakan solat dalam air perlu dilihat dalam beberapa aspek.

Menunaikan solat fardu adalah satu kewajipan bagi setiap umat Islam pada bila-bila masa dan di mana sahaja seseorang itu berada.

Oleh itu, kewajipan solat fardu tidak gugur walaupun seseorang itu berada dalam situasi banjir dan bencana alam.

Namun, dalam situasi banjir, Islam memberikan keringanan dan kelonggaran kepada umat Islam tanpa mengabaikan kewajipan asas dalam menunaikan solat. Berkenaan pelaksanaan solat ketika banjir ini, umat Islam tetap perlu menunaikannya mengikut keadaan dan kadar kemampuan individu masing-masing.

Bagi mangsa yang terperangkap dalam banjir, jika terdapat kebarangkalian akan luput waktu solat dalam masa yang sama tiada kawasan daratan atau tempat kering untuk melaksanakan solat, maka seseorang itu harus untuk melaksanakan solat di dalam air banjir.

Namun, pelaksanaan solat dalam situasi ini mesti dilihat jika tidak terdapat perkara menghalanginya untuk mengerjakan rukun-rukun solat dengan sempurna seperti berada pada paras air yang cetek dan tiada sesuatu yang dikhuatiri membawa bahaya pada diri seseorang. Jika ia bersujud pada tempat tersebut, maka wajib orang yang solat tersebut menyempurnakan rukun-rukun solatnya.

Manakala sekiranya mangsa banjir berada dalam situasi paras air yang mencecah bahagian yang melepasi paras lutut, pinggang dan seumpamanya, maka solat fardu perlu ditunaikan itu mengikut kemampuannya.

Namun, jika seseorang itu masih mempunyai waktu dan yakin tidak luput waktu solat fardu tunai dalam waktu tersebut, maka dia hendaklah sedaya upaya mencari kawasan yang tidak ditelenggami air atau daratan atau tempat yang boleh mengerjakan solat secara aman.

Kemudian, bersolat pada keadaan solat seperti biasa seperti menyempurnakan rukun sujud dengan sempurna. Dalam keadaan ini, jika dia tetap solat di dalam air, maka solatnya adalah tidak sah.

Hukum solat dalam air banjir adalah sah jika tidak terdapat kawasan daratan untuk menunaikan solat sekiranya tiada perkara yang menghalangnya seperti paras air yang terlalu tinggi dan seumpamanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI