fbpx

Banjir di Gua Musang pulih, tiada lagi mangsa berlindung di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua kanak-kanak memancing di sekitar kawasan rumah mereka yang terjejas banjir di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang petang semalam. - Foto oleh AIMUNI TUAN LAH / KOSMO!

KOTA BHARU – Banjir yang melanda beberapa kawasan di Gua Musang dekat sini bermula kelmarin pulih apabila sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang sebelum ini menempatkan 41 mangsa ditutup pada petang semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi itu ditutup kira-kira 5.30 petang.

Menurutnya, seramai 41 mangsa yang terlibat dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir di daerah tersebut mulai surut.

Sementara itu, laman web Public Info Banjir melaporkan, air Sungai Golok ketika ini melepasi paras bahaya dengan bacaan 9.15 meter manakala Sungai Kelantan di Kuala Krai berada pada tahap amaran.

Menurutnya, Sungai Kusial di Tanah Merah dan Sungai Golok di Kuala Jambu mencatatkan bacaan berjaga-jaga. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI