fbpx

Marcell pernah lumpuh separuh badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marcell mendedahkan pernah berdepan masalah kesihatan sehingga hampir lumpuh.

SIAPA sangka penyanyi Marcell Siahaan pernah berdepan pengalaman pahit lumpuh hampir separuh daripada tubuhnya.

Katanya, keadaan dilalui adalah disebabkan ‘mild skoliosis’ yang berpunca akibat tindakannya melakukan aktiviti lasak.

Walaupun peristiwa tersebut berlaku pada 2012, memori berhadapan pengalaman sukar untuk pulih kembali masih berbekas dalam ingatan.

Akui penyanyi lagu Takkan Terganti itu menyatakan isterinya, Rima Melati menjadi sumber kekuatan untuknya bangkit menjalani fisiotrapi serta bersemangat juang tinggi.

Malah, atas hakikat ingin kembali sihat semula selain mampu menyanyi kembali dia melawan rasa sukar demi keluarganya.

“Saya seorang ketua keluarga, mahu terus kuat untuk mereka dan kini saya dapat kembali sihat atas sokongan orang sekeliling,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI