fbpx

‘Tulis tentang aib orang, tapi jangan yang tak betul’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Ta tenang walaupun berdepan dengan pelbagai fitnah dan dugaan sekarang.

PETALING JAYA – Memilih untuk tidak memberi komen lanjut berhubung dakwaan berhutang RM1 juta dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara), pelakon sensasi Rozita Che Wan menasihatkan agar sebarang cerita palsu tidak digembar-gemburkan membuta tuli.

Rozita atau nama sebenarnya, Rozita Abu Bakar berkata, dia tidak kisah dengan segala laporan media selagi tidak jatuh hukum fitnah.

“Tak kisah apapun cerita (laporan) ingin dipamerkan tapi jangan cerita benda palsu.

“Tulislah apa kalian nak (tulis) untuk aibkan orang tapi jangan cerita tak betul. Itu sahaja saya minta,” katanya kepada Kosmo! Online.

Terdahulu, rumah Rozita atau mesra disapa Che Ta itu telah diserbu pihak Mara untuk menyerahkan writ dan penilaian barangan di kediamannya yang terletak di Kota Damansara.

Serbuan dilakukan selepas pelakon drama Kiah Perkasam itu dikatakan tidak membayar hutang pinjaman dari agensi itu berjumlah hampir RM1 juta.

Ketika serbuan dibuat, hanya kelibat ibu pelakon tersebut sahaja yang ada mendiami rumah mewah di Kota Damansara itu.

Sementara itu, salah seorang anak pelakon itu iaitu Ammar Effendy tiba selepas satu jam pihak Mara memasuki rumah tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI