fbpx

‘Jangan tanya lagi! Suami saya kerja dengan Allah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ina berang apabila ramai netizen sering bertanya tentang pekerjaan suaminya.

PETALING JAYA – “Jangan tanya lagi suami saya kerja apa. Dia kerja dengan Allah.”

Itu respons Ina Naim atau nama sebenarnya Nordiana Md. Naim, 40, selepas sering kali diasak dengan soalan tentang pekerjaan suami baharunya yang dikenali sebagai Mohd. Kharul Rizal.

Ina kelihatan berang sewaktu menjawab pertanyaan netizen ketika melakukan sesi siaran langsung bersama suaminya dalam aplikasi media sosial.

“Nampak macam tak kerja. Tetapi sebenarnya dia kerja. Dia adalah seorang perunding kejuruteraan. Dia tak perlu ke pejabat setiap hari ini.

“Zaman sekarang sudah moden. Sedangkan ketika waktu zaman pandemik dulu orang boleh bekerja dari rumah.

“Sekarang jangan tanya saya lagi. Saya cerita biar orang faham. Suami saya bekerja sebenarnya. Geram rasanya!” Katanya dalam nada marah.

Kongsi Ibu kepada empat orang anak itu lagi, biarpun pendapatan suaminya tidak besar, tetapi dia bersyukur kerana serba cukup.

“Gaji tak tinggi. Tapi Alhamdulillah Allah bagi cukup,” katanya.

Ramai netizen dilihat terkejut melihat perubahan Ina sekarang berbanding sewaktu dia menjadi isteri arwah Suhaimi Saad dulu.

“Dulu arwah Suhaimi Saad berjaya mendidik isteri. Elok, lembut, tak banyak cakap. Sekarang macam lain,” komen netizen.

Terdahulu, Ina dan Khairul selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 8 November lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI