fbpx

Wanita parah, lima cedera ringan kemalangan di Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang parah dalam kemalangan babit lima kenderaan di Kajang, pagi ini.

KAJANG – Seorang wanita cedera parah manakala lima mangsa lain cedera ringan dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Kajang Perdana, berhampiran sebuah restoran makanan segera, di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kemalangan tersebut sekitar pukul 9.50 pagi tadi.

Katanya, seramai sembilan anggota bersama dua buah jentera keluar Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah van Toyota Hiace, ambulans KKM, kereta Hyundai Starex, serta dua motosikal Yamaha Y15 dan Nouvo LC.

“Seorang wanita, yang menunggang motosikal, tersepit di bawah salah satu kenderaan terlibat dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, wanita terbabit mengalami kecederaan parah manakala tiga lelaki dan dua wanita tempatan lain mengalami kecederaan ringan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI