KUALA PILAH – Seorang penduduk terkejut apabila mendapati dua ekor ular berbisa bergaduh di luar rumahnya di Felda Kepis, di sini, petang semalam.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah, Leftenan Mohamad Ghazali Abd Rahim berkata, menurut pengadu, beliau ternampak dua ekor ular sedang bergaduh di antara tedung selar dengan tedung hitam.
“Setiba di lokasi, anggota dimaklumkan bahawa kedua-dua ekor ular telah melarikan diri dan bersembunyi dalam lubang dan bawah titi.
“Anggota mengambil masa selama enam minit untuk menangkap kedua-dua ular tersebut,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE