fbpx

Tak puas hati bayaran komisen motif pekerja ladang dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LANGAT – Tidak berpuas hati dengan bayaran komisen dipercayai punca seorang pekerja ladang warga asing dibunuh dan mayatnya disorok dalam but kereta di Telok Panglima Garang di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, dua suspek warga asing yang ditahan sebelum ini dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan lelaki tersebut.

“Siasatan mendapati motif mangsa dibunuh dipercayai berkaitan soal perebutan pekerja ladang dan tidak puas hati bayaran komisen.

“Kedua-dua suspek yang ditahan disyaki berpakat bersama untuk membunuh mangsa,” katanya hari ini.

Tambah beliau, pihaknya setakat ini merakam keterangan dua suspek dan saksi awam bagi membantu siasatan.

“Suspek sedang direman selama tujuh hari sehingga 14 Disember ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Penahanan ke atas suspek berusia 17 dan 22 tahun itu dilakukan pada pukul 5.08 pagi oleh anggota polis yang sedang melakukan tugasan rondaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI