fbpx

PM imbau kenangan surau dirasmi 39 tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (gambar) bergambar bersama penduduk setempat selepas mengunjungi Surau Kampung Belah Dua, Permatang Pauh, hari ini. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau memori ketika mengunjungi Surau Kampung Belah Dua di Bukit Mertajam, di sini hari ini yang pernah dirasmikannya 39 tahun lalu.

Beliau yang ketika itu memegang jawatan Menteri Pertanian dan juga Ahli Parlimen Permatang Pauh telah merasmikan surau berkenaan pada 30 November 1985.

Kehadiran beliau disambut ahli jawatankuasa surau, malah Ahli Parlimen Tambun itu juga meluangkan masa hampir 10 minit melawat sekitar surau dan tadika berhampiran sebelum beramah-mesra bersama penduduk setempat kira-kira pukul 10.40 pagi.

Pengerusi jawatankuasa surau, Fadzli Md. Kassim berkesempatan menyerahkan dokumen permohonan pembinaan surau baharu sebelum beliau beredar untuk merasmikan Jualan Rahmah Madani di Kampung Masjid Timah.

Fadzli berkata, penduduk setempat teruja dengan kehadiran PM yang pernah merasmikan surau berkenaan malah pemimpin itu pernah bersolat di surau dua tingkat itu pada tahun 1983.

Katanya, jemaah masih mengingati beliau ada datang bersolat di surau berkenaan dan membantu memastikan lantai yang berbunyi ditukar segera. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI