fbpx
LORI membawa muatan produk makanan sejuk beku terbalik di KM Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara, Slim River, Tanjung Malim pada pukul 12.59 pagi tadi. - Foto JBPM Perak

Lori bawa muatan makanan sejuk beku terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Dua lelaki berumur sekitar awal 20-an cedera dalam kemalangan yang membabitkan sebuah lori membawa muatan produk makanan sejuk beku di Kilometer (KM) Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara, Slim River di sini pada pukul 12.59 pagi tadi.

Difahamkan, pemandu kenderaan itu gagal mengawal kenderaan menyebabkan jentera itu terbalik, namun tidak berlaku kesesakan trafik yang serius.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah lori satu tan jenis Hino membawa muatan makanan sejuk beku telah terbabas dan terbalik di atas jalan.

“Terdapat seorang mangsa lelaki iaitu pemandu lori tersepit dan seorang lagi lelaki.

“Bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit yang mengalami kecederaan di bahagian tangan dan siku. Kedua-duanya mengalami kecederaan ringan,” katanya di sini hari ini.

Kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital terdekat menggunakan ambulans untuk mendapat rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI