fbpx

Polis Marin Wilayah Satu rampas RM3 juta syabu di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusley (tiga dari kanan) bersama Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari (tiga dari kiri) menunjukkan sebahagian dadah jenis syabu yang dirampas dalam operasi khas di perairan Langkawi di IPD Langkawi, hari ini.

LANGKAWI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah dipercayai jenis syabu yang bernilai lebih RM3 juta.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, pihaknya telah melancarkan satu operasi khas berdasarkan satu maklumat mengenai penyeludupan dadah di perairan Pulau Pinang ke Langkawi pada pukul 11 malam, Isnin lalu di perairan Langkawi.

“Dalam operasi tersebut PDRM telah berjaya menahan dan merampas sebuah bot dan sejumpah bungkusan disyaki dadah di kedudukan 6 batu nautika dari Pulau Lima.

“Manakala dua orang suspek telah terjun ke laut daripada bot tersebut dan masih gagal dikesan,” katanya kepada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, di sini, hari ini.

Beliau menyatakan, pihaknya merampas 102 bungkusan kuning keemasan bertulis Guanyinwant Refined Chinese Tea yang mengandungi plastik lutsinar berisi ketulan mampat kristal jernih disyaki dadah jenis methamphetamine.

Menurutnya, dadah tersebut dianggarkan seberat 107.581 kilogram (kg) dengan nilai RM3,550,173. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI