fbpx

Haram ambil barang hanyut ketika banjir – Azhar Idrus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Azhar Idrus.

PETALING JAYA – Hukum mengambil barangan milik orang lain yang hanyut disebabkan kejadian banjir hukumnya adalah haram.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, individu tersebut perlu memulangkan barangan itu kepada pemiliknya meskipun ia hanyut jauh dari lokasi asal.

“Boleh ambil barang yang hanyut banjir, lagi-lagi kalau barang itu memasuki kawasan rumah kita. Tapi selepas ambil kena beri semula kepada tuan dia,” katanya dalam sesi ceramahnya yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan orang ramai sekiranya mereka terjumpa barangan yang hanyut semasa banjir.

Dalam pada itu, Ustaz Azhar turut memberikan situasi lain sebagai contoh bagi persoalan berkenaan.

“Kalau jiran kita ada pokok dan buah dia jatuh dalam rumah kita, hukumnya juga adalah haram untuk dimakan.

“Kita perlu pulangkan kepada tuannya. Sekirnya dia beri izin untuk ambil baru kita boleh ambil,” jelasnya.

Sementara itu, Kosmo! sebelum ini melaporkan jumlah mangsa banjir di tujuh negeri menurun kepada 21,039 orang daripada 6,630 keluarga setakat pukul 3 petang ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), negeri yang masih terjejas adalah Kelantan, Kedah, Johor, Melaka, Terengganu, Perak, dan Pahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI