fbpx

Dua lelaki bawa unta naik motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seekor unta yang diletakkan di antara penunggang motosikal dan penumpang. - Instagram

RIYADH – Perbuatan dua lelaki di Arab Saudi yang bersahaja membawa seekor unta menaiki sebuah motosikal di jalan raya mengundang perhatian orang ramai, lapor portal berita 18 News semalam. 

Rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @jist.news memaparkan unta itu diletakkan di antara penunggang motosikal dan pembonceng. 

Tangan dan kakinya yang panjang diikat dengan tali bagi mengelakkan unta itu terseret di atas jalan.

Bahkan, mereka kelihatan tidak kekok,  seolah-olah sudah biasa membawa haiwan besar menaiki motosikal. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 201,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Kita boleh mengangkut apa sahaja dengan motosikal,” komen seorang netizen. 

“Hari paling bahagia untuk unta,” komen netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI