fbpx

Mangsa banjir Kelantan terus menurun, 3 daerah masih terjejas bah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peniaga di kawasan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang mencuci premis mereka susulan banjir semakin surut di kawasan tersebut semalam. - Foto ROHANA ISMAIL

KOTA BHARU – Banjir gelombang pertama di Kelantan semakin pulih apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini menurun kepada 33,892 orang.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, kesemua mangsa yang terdiri daripada 10,821 keluarga itu ditempatkan di 86 buah pps.

Menurutnya, setakat ini, hanya tiga daerah terjejas banjir iaitu Tumpat, Pasir Mas dan Bachok.

“Tumpat menempatkan mangsa banjir paling ramai di PPS dengan 18,360 orang, namun menunjukkan penurunan berbanding semalam iaitu 20,556 orang.

“Jumlah mangsa di Pasir Mas turut menurun kepada 15,491 orang manakala 41 orang masih berlindung di dua buah PPS di Bachok,” katanya.

Sementara itu, laman web Public Info Banjir melaporkan, semua sungai-sungai utama di Kelantan berada pada paras normal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI