fbpx

M6 : SRG, Vamos tempah slot ke pusingan kalah mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Selangor Red Giants (SRG) melangkah ke pusingan kalah mati Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang (MLBB) M6, sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Pasukan Selangor Red Giants (SRG) membuktikan bahawa mereka berhak untuk melangkah pusingan kalah mati Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang (MLBB) M6 selepas menampilkan persembahan memukau di Pusat Pameran dan Konvensyen IOI di Putrajaya, sebentar tadi.

Pada perlawanan aksi best of 3 (BO3) tersebut, SRG yang turun selaku juara Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Malaysia (MPL) Musim ke-14 menampilkan kebangkitan luar biasa selepas menumpaskan pasukan dari Kemboja, CFU GAMING menerusi keputusan 2-1.

Biarpun SRG menampilkan aksi cukup membimbangkan pada perlawanan pertama ia ternyata tidak mengganggu fokus pasukan kendalian Michael Angelo Bocado (Arcadia) apabila mereka tumbang dengan skor 18 kills berbalas 16 dalam tempoh masa lebih 14 minit.

Pasukan CFU GAMING menguasai perlawanan pertama selepas mereka berjaya mendapatkan ‘Lord’ sekali gus membolehkan mereka merobohkan ‘Tower’ SRG dengan mudah untuk mendahului permainan dengan keputusan 1-0.

PASUKAN Selangor Red Giants (SRG) melangkah ke pusingan kalah mati Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang (MLBB) M6, sebentar tadi.

Tersentak dengan keadaan tersebut, SRG mula mengatur perlawanan yang lebih agresif dan tidak lagi lagi leka untuk memberikan pasukan Kemboja terus selesa mengatur permainan.

SRG berjaya mendapatkan ‘Lords’ dua kali dan berjaya menyelesaikan perlawanan kedua tersebut dengan 11 kills dalam tempoh kurang dari 14 minit untuk mengikat perlawanan tersebut 1-1.

Memasuki perlawanan penentuan, perlawanan semakin sengit apabila kedua-dua pasukan dilihat mengatur perlawanan dengan cukup berhati-hati terutama melakukan serangan dan mengelak daripada melakukan kesilapan mudah.

Jika melihat kepada perlawanan tersebut, pasukan CFU GAMING dilihat mampu melakar kemenangan mudah pada perlawanan ketiga tersebut untuk ke peringkat kalah mati apabila berjaya mendapatkan dua ‘Lord’ namun ia belum cukup untuk menumbangkan SRG.

Pengalaman yang ada pada SRG ternyata berjaya membolehkan mereka mengawal tekanan cukup baik sebelum bangkit memusnahkan harapan CFU GAMING dengan kemenangan pada saat-saat akhir dengan 13 Kills berbalas 7 dalam tempoh 15 minit.

Kemenangan tersebut sudah cukup membolehkan SRG untuk melangkah pusingan kalah mati bersama-sama satu lagi pasukan negara iaitu Team Vamos selepas mereka melakar kemenangan menakjubkan 2-0 ke atas BloodThirstyKings (BTK) dari Amerika Utara. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI