fbpx

Jijik tengok sikap pengunjung pawagam, tiada adab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIERUL Aiman pelik dengan sikap penonton wayang yang tidak peka adab.

PETALING JAYA — Pelakon Mierul Aiman meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap segelintir individu yang tidak menjaga adab ketika berada di pawagam sehingga selamba meletakkan kaki di atas kerusi orang lain ketika menonton filem.

Mierul atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman Norazman, 26, berasa hairan sama ada tingkah laku sebegitu dianggap biasa atau sudah dinormalisasikan generasi masa kini.

“Maaf bertanya, benda normal ke ni? Sebab saya pertama kali nampak,” tulisnya menerusi hantaran dalam X.

Tambah pelakon drama Projek: High Council itu, masyarakat hari ini sepatutnya mengekalkan adab dan tatasusila di tempat awam, walau setinggi mana pencapaian mereka.

“Kita ni maju macam mana sekalipun, adat dan warisan tok moyang kita jangan lupa.

“Jangan pernah rasa tempat orang lain macam rumah kita sendiri.

“Ketinggian adab itu merendahkan takhta kita. Jijik, selekeh,” tegasnya.

Semakan menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dan meluahkan rasa jijik terhadap sikap tidak bertimbang rasa seperti itu.

Malah ada yang pernah berdepan situasi serupa, tetapi terpaksa menahan rasa tidak selesa meskipun sudah memberikan teguran.

“Ini tiada adab, tiada timbang rasa,” komen seorang pengguna X.

“Normallah agaknya sebab pihak wayang takkan buat apa-apa, saya pernah kena dan terpaksa reda sebab sudah tegur tepi tetap tak jalan,” tulis seorang netizen.

Sikap sebegini bukan sahaja mencerminkan personaliti seseorang tetapi juga mempengaruhi imej masyarakat secara keseluruhan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI